Wednesday, October 27, 2010

berpantang..

pantang... urgh topic yang macam tak perlu nak di discuss lagi.. eheh..
tapi ye lah... berapa lama aje lagi.. altho my bump pun belom lagi kelihatan..

erm too excited? kekekeke nak buek camno i am that person...
but I am more of a beserah kepada Allah person.
So, hopefully i dont get a *dont get too excited... the baby aint coming not in another 6 months* remark ~ for me every seconds count.. i dont want to miss anything..

but sometimes i do understand that people loves to be overprotected.. hihi bukan nak jealous.. but they may have felt hurt or something and they do not want any other person to feel it too...

anyway.. i found a list of recipes untuk berpantang... hiks hiks... i will berpantang!! and it looks like i will berpantang kat rumah sendiri aje ni... 2 weeks upah confinement lady (dah kire2 agak mahal ye puan ini rm90-130/day siap siap aje lah nak bg dlm 2400-3000 ~ uish boleh gi london slimming centre dah ni..)... pastu the rest boleh dah kot nak uruskan makan minum sendiri.. Insyallah. cuma nak kena ada hubby tolong pakai kan bengkung je... hiks hiks...


Kerabu Pegaga

1 biji bawang besar – dihiris
2 biji cili merah – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris

Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati. Kalau suka boleh campurkan kerisik. Tapi saya suka begini saja sbb nak kurangkan lemak.


Ikan Tenggiri Masak Halia

2 ketul ikan di goreng
2 ulas bawang merah- ditumbuk
sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih – dihiris
� ketul halia – dihiris memanjang

Cara:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.


Ikan Gelama Masak Asam

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
� ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


Sawi tumis air

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.

Kucai goreng kicap

1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.


Kari Ikan Haruan

1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
( dimesin)

1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam

Cara:
Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar .
Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak.
Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.


Peria goreng kelapa

5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit
� mangkuk kelapa parut

Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama.


Sup Ikan Tenggiri

1 Ketul ikan tenggiri

sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

DAGING BAKAR

Bahan-bahan

300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.

IKAN KERING MASAK HALIA

Bahan-bahan

200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]

Cara
1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

ARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

No comments:

Post a Comment